Lelaki Di Tahan, Cuba Bunuh Diri 'Langgar' Memorial Hall Lim Goh Tong kabarmalay3.blogspot.com


GENTING HIGHLANDS: Seorang lelaki bertindak melanggar Memorial Hall Tan Sri Lim Goh Tong dipercayai cuba  membunuh diri di Kilometer 8.3 Jalan Naik, Genting Highlands, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Yusuf Unis berkata, polis menerima aduan daripada polis bantuan yang  yang sedang bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Genting Highland.s

Menurutnya, dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.50 petang itu, mangsa menggunakan kenderaan pikap Jenis Isuzu D-Max telah melanggar Tan Sri Lim Gohtong Memorial Hall.

“Setelah melanggar tembok tersebut, dia bertidak pula melakukan cubaan membunuh diri dengan meletakkan pisau  di lehernya,”katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, mangsa sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. #sumber

Subscribe to receive free email updates: