[VIDEO] Dr M ucap tahniah pada Siti Nurhaliza, suami kabarmalay3.blogspot.com



Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada selebriti terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertama.

Terdahulu, Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pagi tadi.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti Nurhaliza, 39 dilaporkan melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Kedua-dua ibu dan bayi itu dilaporkan sihat dan ketika ini, hanya keluarga terdekat saja dibenarkan melawat.

Pasangan berkenaan memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini, Siti Nurhaliza mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti Nurhaliza dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. - mk

Subscribe to receive free email updates: