PRU-14: MIC Tunggu Lampu Hijau PM, Umum Nama Calon Cameron Highlands kabarmalay3.blogspot.com


SEGAMAT: MIC sudah bersedia untuk mengumumkan calonnya yang akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Presidennya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata mereka kini cuma menunggu arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) sebelum berbuat demikian.

"Kita sudah bersedia untuk umum calon, hanya tunggu arahan perdana menteri sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Mesra Rakyat di Padang Awam Jementah, di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands yang merupakan kerusi tradisi MIC dilaporkan turut diintai Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) dengan Presidennya Tan Sri M. Kayveas secara terbuka menyatakan beliau telah bekerja keras selama lebih tiga tahun untuk memenangi hati pengundi di kawasan berkenaan.

Kerusi itu kini disandang bekas Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang telah dipecat daripada parti tersebut susulan krisis dalaman. Pada PRU yang lalu, Palanivel menang dengan majoriti tipis 462 undi dalam pertandingan lima penjuru menentang DAP, Berjasa serta dua calon Bebas. #sumber

Subscribe to receive free email updates: