Azmin Gesa PAS Tidak Mengheret 'Istana' Berkaitan Isu Pembekuan Peruntukan kabarmalay3.blogspot.com


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat PAS adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.

"Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor? Mereka (ADUN PAS) kena ikut prosedur, ikut peraturan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri, di sini.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah meminta kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS supaya berjumpa Pegawai Daerah masing-masing bagi tujuan berkenaan.

Isnin lepas, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi telah mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sallehen sebelum ini dilapor berkata surat itu bertujuan memaklumkan kepada baginda mengenai situasi sebenar selepas Mohamed Azmin menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat PAS sejak dua bulan lalu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: