Calon: Semua Ahli Dan Pemimpin, Perlulah Akur Keputusan Di Buat Pucuk Pimpinan Parti ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Semua anggota dan pemimpin parti perlu akur dengan keputusan pemilihan calon Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud berkata Najib mempunyai strategi tersendiri bagi memastikan kemenangan kepada BN bagi PRU ke-14 ini.

"Sebarang keputusan berhubung pemilihan calon dibuat mengikut pertimbangan sewajarnya dengan mengambil kira pandangan semua parti komponen diambil kira terlebih dahulu" katanya kepada pemberita selepas di Majlis Penyerahan Wang Ihsan di Dewan SMK Seri Damai di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis ini, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Zainal Azman Abu Seman.

Khairuddin berkata setiap langkah yang diambil oleh Najib adalah mengikut tradisi yang dijalankan sejak daripada zaman Perdana Menteri kedua lagi iaitu Tun Abdul Razak yang mana mementingkan kesepakatan di dalam parti komponen. #sumber

Subscribe to receive free email updates: