Projek Gagal Felda, Rosmah Lapor Polis Mazlan Aliman Fitnah Beliau ! kabarmalay3.blogspot.com


PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin Amanah yang mendakwanya terlibat dalam projek gagal penternakan ikan berjuta ringgit oleh Felda yang kini dalam siasatan rasuah.

Peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor menyifatkan dakwaan Mazlan Aliman yang mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) sebagai fitnah jahat.

“Tuduhan sebegini menyebabkan terjadinya buruk sangka dalam kalangan netizen, lantas menjejaskan reputasi dan integriti anak guam saya,” katanya dalam satu kenyataan merujuk satu video YouTube menunjukkan Mazlan berucap dalam sebuah ceramah.

Laporan Ketua Audit Negara pada 2015 menyatakan Felda tidak mendapat sebarang manfaat atau pulangan daripada projek penternakan ikan sturgeon, selepas melaburkan berjuta ringgit dalam projek itu.

Menurut laporan itu, ikan sturgeon juga tidak dihantar ke Malaysia kerana kolam akuakultur belum dibina.

Pada 24 Januari 2017, SPRM menahan 5 pegawai kanan Felda kerana disyaki terbabit dalam kes penyelewengan projek Pemindahan Teknologi Penternakan Ikan Sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta sejak 2014.

Dalam video itu, bekas aktivis PAS itu yang kini merupakan ahli Jawatankuasa Pusat Amanah berkata, projek itu bertujuan menghasilkan kaviar yang mahal dan berjuta ringgit dibazirkan untuk membina kemudahan projek tidak pernah dimulakan.

Mazlan mendakwa beliau kemudian didatangi salah seorang pegawai Felda ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjelaskan projek transformasi Felda yang dibentangkan kepada lembaga pengarah agensi itu.

“Kalau projek ini berjalan, peneroka Felda tak payah masuk kebun lagi, harga sawit baru RM500 1 tan, murah. Lebih baik peneroka bagi makan ikan sahaja,” kata Mazlan dalam ucapannya sambil menambah beliau diberitahu projek itu akan menggantikan ladang kelapa sawit dan getah Felda dengan pendapatan dianggarkan RM360 juta setahun.

Mazlan kemudian mendakwa beliau dimaklumkan projek itu mendapat “restu” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai Felda itu sentiasa berkomunikasi dengan Rosmah yang menasihatkannya cara menggerakkan projek terbabit. #sumber

Subscribe to receive free email updates: