NGO Persoalkan Keputusan, Mahu Keluarga Mangsa Buat Rayuan Kes Ini ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Susulan Mahkamah Koroner Kuantan bahawa Kematian dua beranak ketika menonton Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) pada September 2016, sebagai kejadian tidak dapat dielakkan, maka NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) sekali lagi tampil mempersoalkan keputusan mengejutkan itu.

Penyelarasnya, Mohd Shukri Mohd Ramli yang berada di lokasi kejadian petang semalam mendakwa keputusan yang dibuat oleh Koroner Dazuki Ali itu tidak dapat diterima oleh semua pihak, apatah lagi keluarga mangsa.

Saya dapati daripada 20 orang saksi yang dipanggil ke Mahkamah Koroner, hanya seorang sahaja yang mewakili keluarga mangsa. Persoalannya kenapa beliau tidak dipanggil sebagai saksi, sedangkan dia ada membuat laporan polis kes tersebut di IPD Kuantan sebelum ini.

"Sepatutnya saya dipanggil sebagai saksi kes ini, kerana saya boleh memberi keterangan yang lebih telus dan adil kepada semua pihak. Semua saksi yang terbabit dilihat lebih memihak kepada penganjur semata-mata. Mungkin jika penganjur dipersalahkan, banyak pihak termasuk yang meluluskan acara ini terlibat", kata Shukri.

Beliau turut berkata, mana mungkin saksi-saksi terbabit boleh mendedahkan kelemahan penganjuran kerana mereka terlibat sama dalam acara ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

"Saya mempunyai dokumen dan bukti jelas kenapa kes ini perlu dibuka semula dan meminta pihak keluarga mangsa membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner itu. Peluang masih ada dan saksi-saksi yang berwibawa perlu diberi peluang untuk bercakap benar di dalam mahkamah, bukan melindungi pihak-pihak tertentu", kata Shukri. 

Beliau berharap, kematian dua beranak yang tidak berdosa itu dapat dibela dengan seadil-adilnya. "Kebenaran perlu ditegakkan dalam kes ini. Jika kes Datin Rozita yang mendera amahnya boleh dibuka semula selepas mendapat perhatian orang ramai.. masakan kes yang melibat kematian seperti ini. Kenapa fakta-fakta utama disembunyikan?.", jelas Shukri.
#PDO

Subscribe to receive free email updates: