Sah: Dato' Fauzi Pindah, Tanding Di Kerusi 'DUN' Sungai Lembing ! kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman sah akan bertanding di kerusi DUN N.17 Sungai Lembing pada pilihan raya umun ke-14 ini.

Demikian ditegaskan oleh sumber PKR kepada PDO baru-baru ini. Menurutnya, ia sebagai langkah persediaan untuk mengangkat beliau sebagai Menteri Besar Pahang sekiranya PH menang PRU-14 nanti.

Fauzi kini merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota. Beliau sebelum ini pernah menjadi Parlimen Kuantan ketika bersama UMNO BN. Tempat Fauzi di Indera Mahkota juga telah sah akan digantikan oleh Datuk Saifuddin Abdullah. 

Difahamkan, Fauzi juga sudah bersiap sedia dengan jentera dan bilik gerakan PH di Felda Bukit Goh. #PDO


Subscribe to receive free email updates: