[VIDEO] Veteran Umno Rompin ANCAM TOLAK ADUN Tioman, DS Mohd Johari jika dikekalkan CALON BN kabarmalay3.blogspot.com



Veteran Umno Rompin mengancam menolak untuk mengundi ADUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain sekiranya beliau dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. 

Presidennya, Datuk Abd Rahim Ibrahim mendakwa wakil rakyat itu gagal memainkan peranan secara keseluruhannya sepanjang memegang jawatan itu sejak 2008. 

Pada PRU13 lalu, Mohd Johari menang dengan majoriti 4,086 undi mengatasi calon PAS, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Mohd Zolfakar Taib sebagai calon Bebas. 

Subscribe to receive free email updates: