Tidak Serah Maklumat, JPPM Sahkan Oendaftaran PH Gagal Di Proses ! kabarmalay3.blogspot.com


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini mengesahkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) pada masa ini masih tidak dapat diproses.

Ketua Pengarah JPPM Surayati Ibrahim berkata ia berikutan PPBM, satu daripada parti komponen yang menyertai pakatan itu, belum menjawab dan menyerahkan semua maklumat dan dokumen sepertimana dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

“Dengan ini JPPM mengesahkan pendaftaran Pakatan Harapan buat masa ini masih tidak dapat diproses,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 9 Mac lepas, JPPM dilaporkan mengeluarkan satu notis mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1996 kepada PPBM yang mengkehendaki parti itu menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen kepada jabatan berkenaan.

Notis 14 (2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara diarahkan JPPM untuk mengemukakan minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Pakatan Harapan menghantar permohonan pendaftaran pada Julai tahun lepas. #sumber

Subscribe to receive free email updates: