Hadi Percaya UMNO Pikul Masalah Yang Di Buat Pemimpin PH Hari Ini ! kabarmalay3.blogspot.com


PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya kerajaan UMNO hari ini memikul masalah yang berpunca daripada salah tadbir urus pemimpin kerajaan terdahulu yang hari ini memimpin Pakatan Harapan.

Harian Metro hari ini melaporkan beliau berkata demikian dalam satu wawancara “Solusi Sejahtera GST: Presiden PAS jawab tuduhan Presiden PPBM” yang disiarkan di Facebook pemimpin parti Islamis itu.

Beliau tidak menamakan pemimpin itu, namun umum mengetahui 2 daripada parti komponen Pakatan Harapan, iaitu PPBM dan PKR, dipimpin bekas pemimpin Umno seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Masalah ekonomi dihadapi negara sama ada kerajaan atau rakyat adalah peninggalan daripada pemimpin yang duduk dalam PH hari ini, yang memerintah negara sejak tahun 80-an,” katanya menurut Harian Metro.

“Merekalah mewujudkan masalah. Bahkan pada pendapat saya Umno yang memikul masalah dibuat oleh mereka ini dahulu.”

Dr Mahathir, yang menerajui kerajaan selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, merupakan calon perdana menteri Pakatan Harapan untuk pilihan raya umum ke-14, menggantikan calon pertama, iaitu Anwar, sementara menunggu beliau kembali layak untuk bertanding pilihan raya.

Sebelum ini, Hadi dalam wawancara Berita Harian pada Januari berkata pihaknya lebih senang bekerjasama dengan Umno bawah teraju Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Dr Mahathir.

“Kalau dulu zaman Dr Mahathir, dia hina Islam. Tutup aurat pun dia kata bukan agama suruh, tetapi adat saja. Dia tak nak kita laksanakan hukum Islam.

“Perdana menteri sekarang, kita boleh berbincang, kerana kita perlu kepada perubahan. Kalau zaman Mahathir, dia tak mahu fikir kita nak laksanakan Islam,” katanya.

Kedua-dua parti itu dilihat semakin mesra sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kekalahan pemimpin yang mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP. #sumber

Subscribe to receive free email updates: