Isu Air Felda Jengka 7, PAIP Turun Padang Dan Keluarkan Kenyataan Balas ! kabarmalay3.blogspot.com


MARAN: Susulan daripada pendedahan isu air di Felda Jengka 7 dekat sini oleh NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) semalam, difahamkan hari ini pihak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) telah turun padang untuk memantau keadaan. 

Antara lainm kenyataan yang  telah dikeluarkan adalah seperti berikut:-
Adalah amat dikesalkan kerana berita yang disebarkan di laman sosial adalah tidak tepat berdasarkan situasi dan tidak merujuk kepada pihak yang berkenaan.
Dalam masa yang sama pula isu yang tidak benar ini telah di kongsi oleh ramai netizen yang tidak memeriksa kesahihan berita yang mereka kongsikan sama di laman sosial. 
Pihak PAIP Maran telah melakukan pemerikasaan hari ini di Felda Jengka 7 dan dapatan adalah seperti berikut: 

1- Utk bekalan air di Masjid Jengka 7 ,setelah dilakukan pemeriksaan pressure mencukupi = 2.0 bar (normal) ss . 
2. Masalah yg berlaku skrg di sebabkan saiz paip yang digunakan tidak praktikal (1 inci) & byk tee direct paip selepas meter. Masalah akan timbul jika jemaah guna air serentak (waktu puncak) spt Solat Jumaat dimana apabila semua tap dibuka serentak akan menyebabkan berlaku low pressure. 
3. Sepatutnya Masjid Jengka 7, menggunakan paip 4 inci berbanding 1 inci yang digunakan selepas meter.Terdapat banyak tee selepas meter dan jumlah kepala paip untuk mengambil wuduk dan singki dan adalah tidak praktikal menggunakan paip selepas meter hanya 1 inchi. 
4. Pressure standmeter sebelum meter di Masjid Jengka 7,adalah tinggi iaitu 2.0 bar adalah tinggi dan presure yang diambil pada hidrant depan masjid juga pada bacaan adalah 1.2 melepasi syarat di tetapkan SPAN 1.0 bar. Semua bacaan direkodkan hari ini oleh PAIP Maran. 
5. Bagi kawasan tinggi di Jengka 7, bacaan tekanan yang diambil hari ini ialah 1.4 bar adalah normal. 
6. Kawasan perkampungan Felda Jengka7 telah ditukar paip oleh FELDA & siap sepenuhnya pd 2016. Termasuk bina tangki baru berkapasiti 150,000 gelen. Cuma gangguan bek air akan berlaku jika ada kerja kerja pembaikan. Notis gangguan berjadual @ tidak berjadual di Loji Air Jengka 3-7 akan diberikan .
Berdasarkan tulisan CMK, banyak menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan yang pastinya mempunyai motif motif tertentu. 
Pihak PAIP Maran sentiasa mengambil perhatian kepada sebarang laporan dari pengguna dan tidak menerima sebarang laporan berkaitan masalah bekalan air dari penduduk Jengka 7, apatah lagi ada beberapa orang kakitangan PAIP Maran merupakan penduduk dan mempunyai keluarga di Jengka 7. Adalah mustahil mereka tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan jika mengalami masalah bekalan air. 
Pilihanraya makin hampir, tentunya ada pihak yang tidak beryanggungjawab akan mengambil kesempatan menyebarkan perkara yang tidak benar demi kepentingan politik . 
Pengguna laman sosial juga perlu berhati hati berkongsi sebarang berita tidak benar kerana penyebaran berita palsu boleh di dakwa dibawah Akta Komunikasi, jadi berhati hati. Sila klik dengan bijak.
Sila Share jika ada pecinta kebenaran
Dengan kenyataan ini ia munkin memberi kelegaan kepada orang ramai terutamanya penduduk di kawasan terbabit. Apa pun PDO akan cuba mendapatkan komen daripada Penyelaras NGO Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli selepas ini. 

Difahamkan, video yang ditularkan oleh beliau di laman Facebooknya kini sudah ditonton lebih dari 186,000 kali. Isu ini menjadi hangat kerana ia berlaku di negeri Pahang, dan ia dijadikan hujjah untuk penyokong Pakatan Harapan (PH) menyerang semula kenyataan Perdana Menteri dan TV3 terhadap isu air di Selangor dan Pulau Pinang sebenarnya. #PDO

Subscribe to receive free email updates: