KUANTAN - Pas meminta rakyat jangan mengundi parti itu sekiranya mereka bersama dengan Umno pada PRU14 ini.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rakyat boleh melihat perkara itu selepas kerajaan sedia ada sekarang membubarkan Parlimen.
Menurutnya, ketika penamaan calon nanti, rakyat boleh menilai sendiri sama ada Pas akan bersama Umno atau kedua-dua parti ini bertanding merebut kerusi.
“Kita nak rakyat lihat ini, kalau rakyat tak percaya. Kalau Pas bersama (bekerjasama) Umno jangan undi Pas.
“Tapi rakyat kena berjanji, kalau Pas tak bersama Umno, mereka wajib kena undi Pas. Berani janji?,” katanya ketika menjawab pertanyaan daripada pengundi berhubung dakwaan Pas menjalin kerjasama atau bergabung dengan Umno pada PRU14 pada Sesi Dialog, Anda Tanya? Pas Jawab di Kampung Padang, di sini, malam tadi.
Sesi dialog tersebut turut disertai Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan dan Adun Beserah, Andansura Rabu.
Kira-kira 200 penduduk setempat menghadiri sesi tersebut bagi mendapatkan secara jelas mengenai sesuatu isu dan tawaran manifesto yang akan ditawarkan Pas kepada penduduk di negeri ini. -Sinar Harian
Related Posts :
1 juta tonton video 'pensyarah macam kena telan ubat gegat kabarmalay3.blogspot.com
Klip video yang memaparkan reaksi penganalisis politik Kamarul Zaman Yussof sebelum dan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan… Read More...
Kes rasuah KBS: 22 beg tangan mewah jadi bukti kabarmalay3.blogspot.com
Beg jenama mewah Christian Louboutin, Salvatore Ferragamo, Fendi Roma, Gucci, Chanel, Louis Vuitton, Prada Milano dan Christian Dior, dik… Read More...
RUU Berita Palsu, Hanyalah Untuk Bungkam Kritikan Terhadap 1MDB kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Berita Palsu yang dijadual akan dibentang di Parlimen minggu hadapan, dikhuatiri akan disalahgunakan untu… Read More...
PM: 1MDB Paling Banyak Di Siasat, Tapi 'Terbukti' Saya Tak Bersalah ! kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata siasatan demi siasatan terhadap 1MDB, badan yang paling banyak disiasat dalam sej… Read More...
Tidak Serah Maklumat, JPPM Sahkan Oendaftaran PH Gagal Di Proses ! kabarmalay3.blogspot.com
PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) hari ini mengesahkan pendaftaran Pakatan Harapan (PH) pada masa ini masih tidak… Read More...