Rafizi 'Yakin' Beliau Tidak Akan Di Penjara, Sebab Kerajaan Bertukar Lepas PRU14 ! kabarmalay3.blogspot.com


BALING: Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yakin beliau tidak akan dipenjarakan kerana percaya kerajaan hari ini akan bertukar pimpinan selepas PRU14.

Menurutnya, kesedaran rakyat cukup tinggi dan mampu menukar kerajaan sedia ada melalui PRU yang dijangka diadakan dalam masa empat minggu dari sekarang.

“1 Jun nanti rayuan akhir saya di Mahkamah Rayuan, jika tidak berjaya saya akan masuk penjara.

“Saya ingat jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam tempoh empat minggu, saya tak rasa kerajaan baharu tu nak masukkan saya dalam penjara,” katanya selepas selesai program Jom Bina Semula Negara di sini, semalam.

Menurutnya, 'amanatnya' kepada rakyat supaya menjalankan tanggungjawab mengundi sebagai seorang Islam dan ibu bapa.

“Saya sanggup ambil risiko berdepan dengan penjara, kerana bagi saya itu satu benda betul. Itu ialah tuntutan sebagai seorang Islam dan bapa.

“Orang lain juga yang ingin mengundi, saya minta bagi pertimbangan sama, undi kita itu atas tanggungjawab sebagai seorang Islam dan bapa,” katanya.

Pada 7 Februari lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) enam tahun lalu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: