Isytiharkan Seksyen 233 Tak Beperlembagaan, Mahkamah Tolak Rayuan Ratu Naga kabarmalay3.blogspot.com


SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Ratu Naga untuk mengisytiharkan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia dan Multimedia 1998 sebagai tidak berperlembagaan.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman, hari ini.

Dalam keputusannya, beliau berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan responden bahawa seksyen tersebut tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan sekatan-sekatannya.

Justeru, Ab Karim memerintahkan kes tersebut diteruskan di Mahkamah Sesyen Sepang.

Terdahulu, peguam Gurdial Singh Nijar berhujah, seksyen tersebut bercanggah dengan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu katanya, seksyen tersebut kabur dan tidak jelas kerana tidak diberikan notis yang cukup.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Mohd Sophian Zakaria selaku responden dalam hujahan balasnya berkata, sekatan yang dibuat oleh seksyen itu hanyalah untuk menyekat penyebaran komunikasi lucah, jelik, ugut atau dengan niat menyakiti orang lain.

“Justeru, seksyen tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan  tidak timbul seksyen ini menyekat hak bersuara,” katanya.

Pada 19 Januari 2017, Mahkamah Sesyen Sepang mengetepikan permohonan Ratu Naga atau nama sebenarnya, Syarul Ema Rena Abu Samah, 36, untuk merujuk persoalan perlembagaan terhadap dakwaan yang dikenakan terhadapnya di bawah Seksyen 233 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ke Mahkamah Tinggi.

Pada 18 Februari 2016, Syarul Ema Rena mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghantar komen bersifat menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2015 menerusi laman sosial Facebook.

Tertuduh yang menggunakan nama samaran Ratu Naga di laman sosial Facebooknya didakwa menghantar komen jelik dan menghina perdana menteri berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bertujuan menyakitkan hati pihak lain.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama. #sumber

Subscribe to receive free email updates: