(GAGAL, RANKING JATUH) TMJ letak jawatan Presiden FAM kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR 15 Mac - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara serta merta.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers, baginda berkata, sebab utama baginda mengambil keputusan tersebut adalah kerana rasa bertanggung jawab terhadap kejatuhan ranking pasukan bola sepak negara.

"Baru-baru ini ranking pasukan kebangsaan telah jatuh 3 anak tangga dan ini merupakan satu kegagalan yang amat besar. Oleh itu, saya rasa Presiden FAM harus letak jawatan.

"Terima kasih untuk segala-galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya," kata baginda dalam kenyataan tersebut.

Dalam ranking terbaharu Fifa yang diumumkan hari ini, Harimau Malaya jatuh 3 anak tangga ke tempat ke-178 berbanding 175 pada bulan lalu. - UTUSAN ONLINE

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :