Akhirnya Tun Mahathir Akui Kesal "Pecat" Anwar Ibrahim 20 Tahun Lalu kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Selepas 20 tahun, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku salah memecat bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.

Beliau juga kesal dengan insiden Anwar dipukul bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor sehingga lebam mata kirinya.

“(Ia) adalah keputusan yang salah untuk mengikut peraturan semata-mata, dan saya rasa tidak sepatutnya mengabil tindakan atas Anwar,” katanya dalam temu bual bersama Sin Chew Daily semalam.

Dr Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab membawa Anwar menyertai politik negara selepas melihat ketokohannya memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Namun, tindakan Dr Mahathir memecat Anwar kerana Fitnah I mencetuskan gerakan Reformasi dan menyebabkan BN hilang Terengganu pada Pilihan Raya Umum 1999.

Dalam wawancara sama, Mahathir merakamkan rasa syukurnya dengan kesudian keluarga Anwar memaafkan beliau selepas 18 tahun.

“Saya berjumpa Anwar, kami berjabat tangan, saya bercakap dengan dia.

“Pada awalnya Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak begitu mesra, tapi selepas bapa mereka memberitahu supaya mereka patut melupakan sengketa lama untuk sementara waktu,” katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: