KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan yang diketuai DAP menunjukkan sikap seolah-olah tidak memahami kekangan masa dan tugas dihadapi kakitangan agensi-agensi kerajaan yang bertugas semasa pilihan raya umum apabila berterusan mendesak undi pos dimansuhkan.
Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) memberi cadangan yang agak tidak praktikal iaitu dengan menyusun waktu bertugas bagi membolehkan mereka mengundi melalui kaedah biasa.
“Macam (Jabatan) Penjara, nak pergi mana? Boleh bertukar-tukar syif, tak perlu undi pos pun,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. #sumber