Projek Agropolitan Runchang Kini Berjaya "Ubah Kehidupan" Orang Asli Pekan kabarmalay3.blogspot.com


PEKAN: Projek Agropolitan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Runchang yang dilaksanakan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) enam tahun lalu terbukti telah banyak mengubah corak kehidupan masyarakat Orang Asli di kawasan itu.

Jika sebelum ini pendapatan mereka hanya bergantung pada hasil hutan dengan pendapatan yang tidak menentu, kini 102 buah keluarga di situ boleh berbangga kerana menerima pendapatan tetap sehingga RM1,200 sebulan dengan kediaman tetap serta pelbagai kemudahan prasarana disediakan kerajaan.

Hal ini diakui sendiri oleh Ita Gesek, 36, dari suku Jakun yang terlibat dengan penternakan kambing biri-biri Dorper menerusi projek agropolitan berkenaan.

"Jika dulu rumah kami mungkin hanya beratap rumbia dan berdinding buluh, pendapatan pula tidak menentu. Untung sabut, dapatlah banyak hasil dari hutan, jika untung batu, terpaksalah kami sekeluarga mengalas perut dengan apa sahaja makanan yang ada.

"Namun sejak kerajaan melaksanakan projek di bawah ECERCD ini, kehidupan kami banyak berubah, bukan sahaja ada rumah, sekolah pun dekat, dapatlah kami memberikan pendidikan kepada anak-anak supaya masa depan mereka lebih cerah," katanya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: