Puad 'Kekal' Dalam UMNO, Mahu Terus Berkhidmat Kepada Rakyat kabarmalay3.blogspot.com


JOHOR BAHRU: Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah memutuskan untuk kekal dalam UMNO bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada masyarakat.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus mengenepikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti berikutan ketidakpuasan hatinya dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Johor apabila namanya digugurkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Seperti kenyataan awal, saya bukan menentang perjuangan UMNO tetapi hanya tidak berpuas hati dengan sistem yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Oleh itu, buat sementara waktu saya akan terus kekal sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat dan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, " kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd Puad berkata dalam tempoh itu, beliau juga akan menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan biarpun belum mempunyai perancangan jelas terhadap pekerjaan yang bakal dilakukan. #sumber

Subscribe to receive free email updates: