Najib "Umum" Jerantut Bakal Jadi Lokasi Yang Kedua UTC Dii Pahang kabarmalay3.blogspot.com


JERANTUT: Penduduk di daerah ini menyambut gembira pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi kemudahan rakyat di sini.

Najib meluluskan bangunan UTC berkenaan selepas mempertimbangkan permintaan penduduk melalui Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris bagi kemudahan untuk berurusan di jabatan-jabatan tertentu.


Menurutnya, atas sambutan hebat penduduk di sini, beliau turut meluluskan peruntukkan RM1 juta bagi pembinaan surau Sekolah Menengah Agama Tengku Afzan di sini.

"Kita akan mempertimbangkan permintaan lain jika Barisan Nasional mengekalkan majoriti kemenangan di sini dan saya percaya penduduk di sini setia dengan BN.

"Selain itu, peruntukan sebanyak RM36.42 juta turut diluluskan untuk menaiktaraf empat buah klinik kesihatan di iaitu di Kampung Labu, Kuala Tahan, Kampung Piol dan blok pergigian Klinik Kesihatan Kuala Tekam termasuk Hospital Jerantut," katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Dataran Jerantut di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.

Kewujudan UTC di daerah ini bakal menjadi yang kedua di daerah ini dan bakal memberi kemudahan sehenti urusan di agensi dan jabatan kerajaan bagi kira-kira 90,000 penduduk di sini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: