Najib Luangkan Masa, Berjumpa Dengan Warga ATM Di Kem Batu 10 kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa bertemu warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Batu 10 di sini.

Turut serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Panglima ATM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Pertemuan kira-kira setengah jam dalam program  dihadiri oleh 2,000 anggota dan pegawai daripada pasukan 4 Briged dan Pangkalan Udara Kuantan termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Angkatan Tentera (Bakat) daripada cabang darat dan udara.

Dalam kesempatan itu, perdana menteri merakamkan penghargaan kerajaan atas sumbangan dan khidmat bakti seluruh warga ATM dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Selepas majlis, Najib dan isteri menyertai barisan perajurit negara menikmati jamuan  tengah hari di perkarangan dewan lokasi berlangsungnya majlis itu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: