PRU: Seramai 178 Calon Tanding Di "56 Kerusi" Di Seluruh Pahang kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Seramai 178 calon yang terdiri daripada 47 calon Parlimen dan 131 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) layak bertanding bagi merebut 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi DUN di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Berdasarkan statistik keputusan penamaan calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah calon yang bertanding di kerusi Parlimen, kebanyakannya melibatkan tiga parti utama iaitu Barisan Nasional (BN), PAS dan PKR yang meletakkan calon di semua kawasan kecuali PAS di Triang.

Dalam pada itu, dua parti, Berjasa dan PSM masing-masing hanya meletakkan satu calon di kerusi Parlimen Cameron Highlands manakala dua calon Bebas masing-masing bertanding di kerusi Parlimen Temerloh dan Parlimen Pekan.

Sudah pasti yang menjadi tumpuan adalah kawasan akan dipertahankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi penggal ke-10 iaitu Parlimen Pekan apabila menyaksikan kejutan setelah seorang ahli perniagaan dari Johor, Abdul Kadir Sainudin,39 menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan itu.

Ia sekali gus menyaksikan pertandingan empat penjuru di kawasan kubu kuat BN itu apabila cucu kepada Ghafar Baba, juga calon PKR, Mohamad Zahid Mat Arip, serta calon PAS, Kapten (B) Ahiatudin Daud turut bertanding di kawasan itu. #sumber

Subscribe to receive free email updates: