Wang Deposit 'RM870,000' Lesap, 84 Calon Di Sabah Gagal Tanding PRU14 kabarmalay3.blogspot.com


BANGI: Seramai 84 calon sebuah parti pembangkang tempatan di Sabah tidak dapat bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila wang pembayaran deposit lesap, dipercayai dilarikan penasihat kewangan parti berkenaan.

Memetik laporan akhbar Berita Harian (BH), lelaki berusia 38 tahun terbabit gagal hadir bersama wang itu ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Kota Kinabalu, sehari sebelum proses penamaan calon pada Sabtu lalu.

Sumber akhbar berkenaan dipetik sebagai berkata, sejumlah RM870,000 itu adalah wang untuk proses pembayaran pendaftaran bagi calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) parti itu.

Tindakan suspek menyebabkan hanya dua calon didaftarkan dengan menggunakan wang sendiri iaitu DUN Balung dan Merotai, manakal 26 Parlimen termasuk Labuan dan 58 calon DUN gagal bertanding.

“Wang berjumlah RM870,000 itu diserahkan kepada suspek ketika perjumpaan bersama calon parti pada jam 10.30 pagi, Jumaat lalu.

“Pihak SPR telah memberi kelonggaran kepada parti itu untuk membuat pembayaran sebelum jam 12 tengah malam namun suspek gagal ditemui atau dihubungi,” kata sumber itu.

Walaupun laporan polis telah dibuat, namun suspek sehingga kini masih gagal menyerahkan wang pembayaran berkenaan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah. #sumber

Subscribe to receive free email updates: