Angka "14" Signifikan Bagi Adnan, PRU Ini Mungkin Penggal Terakhir kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Angka 14 cukup bermakna bagi Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob apabila mengumumkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan menjadi pilihan raya terakhir bagi tokoh pemimpin berusia 68 tahun itu.

Angka 14 cukup istimewa apabila beliau menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob sebagai Menteri Besar Pahang ke-14 pada 25 Mei 1999.

Selepas mengharungi tujuh pilihan raya sebelum ini, Adnan akan melengkapkan perjalanan karier politiknya dengan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang menjadi kubu kuatnya sejak 1986.

"Saya memang sudah lama menjadi Menteri Besar, menjadi ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri) dan pernah menyatakan hasrat untuk berundur... tapi tidak dapat (berundur) atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat saya nyatakan."

"Tetapi kali ini, saya percaya ini adalah penggal terakhir saya bertanding. Saya akan berundur apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman dan Penyerahan Watikah Kepada Calon-calon Barisan Nasional (BN) Pahang bagi PRU14 di Kompleks Yayasan Pahang, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan calon BN pada kali ini yang memperlihatkan 32 penyandang dan 16 muka baharu, Adnan berkata kemenangan kali ini bergantung kepada kolaborasi dan kemampuan mereka mendapatkan sokongan. #sumber

Subscribe to receive free email updates: