Fuziah: Proses "Penamaan" Calon Parlimen "Kuantan", Ambil Masa Lama kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen P083 Kuantan, disifatkan paling lama untuk diselesaikan selepas proses yang bermula jam 9 pagi tadi hanya diumumkan pada jam 1.08 petang.

Selesai proses penamaan calon, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Pakatan Harapan (P, Barisan Nasional dan PAS bagi kerusi Parlimen Kuantan serta kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN Teruntum (N14), Tanjung Lumpur (N15) dan Inderapura (N16).

Calon P083, Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, proses penamaan calon bagi pilihanraya kali ini disifatkan paling panjang pernah dilalui beliau sehingga meresahkan penyokong yang berada di luar Pusat Penamaan Calon di Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan, MPK di sini.

“Setiap kali saya menyuarakan isu kelewatan proses penamaan calon Parlimen Kuantan pagi ini, pegawai bertugas hanya berkata mereka sedang menanti kelulusan pihak SPR. #sumber

Subscribe to receive free email updates: