Sharkar Tanding Di Dua Kerusi, Iaitu DUN Lanchang, Parlimen Temerloh kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN:  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin akan bertanding di dua kerusi pada PRU14 ini.

Beliau  akan bertanding di DUN Lanchang dan juga parlimen Temerloh. Berdasarkan persempadanan semula, Sharkar berpeluang untuk menang dikedua-dua kerusi tersebut. 

Kerusi DUN Lanchang adalah kubu kuat Sharkar sejak beberapa penggal lalu. Beliau menang ke atas calon PKR, Ahmad Nizam Hamid pada PRU13 dengan majoriti 1,127 undi.

Pada PRU13 lalu, kerusi Parlimen Temerloh telah dimenangi oleh calon PAS, Nasrudin Hassan yang menewaskan calon BN, Datuk Saifuddin Abdullah dengan majoriti 1,070 undi. 

Kedua-dua calon tersebut akan berentap sekali lagi di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU14 ini. #PDO


Subscribe to receive free email updates: