KES DUN RANAU: Bukan Lupa Bawa Pas tapi TIDAK DIBERIKAN pas kabarmalay3.blogspot.com


Kronologi insiden DUN Rantau :

25 April 2018 - Streram membayar RM8,000 (wang deposit RM5,000 untuk bertanding dan deposit RM3,000 untuk bahan kempen) kepada SPR sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Rantau.

27 April 2018

5 petang - Seorang rakan beritahu Streram bahawa beliau perlu mengambil Pas SPR dari Pejabat Daerah Rembau.

6.45 petang - Streram pergi ke Pejabat Daerah Rembau tetapi ia telah ditutup. Seorang pegawai pilihan raya memaklumkan kepadanya bahawa beliau boleh mengambil pas di pusat penamaan pada hari berikutnya.

28 April 2018

8 pagi - Streram tiba di Pejabat Daerah Rembau, yang juga merupakan pusat penamaan calon, tetapi tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai pas.

9 pagi - Tidak dapat masuk, Streram cuba menyerahkan borang pencalonannya melalui perantara tetapi mereka juga tidak dibenarkan masuk kerana ketiadaan pas.

9.30 pagi - Polis masih enggan membenarkan Streram masuk dan menyatakan mereka tidak menerima arahan daripada SPR.

9.42 pagi - Dua pegawai pilihan raya keluar dan memberi jaminan kepada Streram bahawa isu itu akan diselesaikan dan berjanji akan kembali.

9.45 pagi - Para pegawai pilihan raya tidak kembali dan dengan masa berbaki 15 minit lagi, Streram cuba merempuh pusat penamaan calon tetapi dihalang oleh kira-kira 20 pegawai polis.

10 pagi- Tempoh penamaan calon berakhir.

Sekitar 11 pagi - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan merupakan calon tunggal untuk kerusi DUN Rantau dan diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Subscribe to receive free email updates: