PRU14: "Tuan Ibrahim" Di Kubang Kerian,"Hashim Jasin" Arau Perlis kabarmalay3.blogspot.com


SHAH ALAM: Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan, manakala, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin pula akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis.

Pengumuman calon di dua parlimen tersebut diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Perdana Program Jelajah Presiden Pas dan Munajat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Seksyen 18 di sini sebentar tadi.


Program yang dihadiri kira-kira 1,000 turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dan Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sementara itu, dalam majlis sama, Sallehen turut mengumumkan calon-calon Gagasan Sejahtera negeri Selangor yang akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen di negeri ini.

Beliau berkata, kesemua calon berkenaan mewakili Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan ) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

"Bagi Parlimen Selayang, Timbalan Presiden Berjasa, Brigadier Jeneral, Datuk Hashim Abdul Karim, manakala bagi Parlimen Subang, Ketua Pemuda Ikatan, Mohd. Shahir Mohd. Adnan akan bertanding di kerusi berkenaan.

"Bagi empat kerusi DUN pula, DUN Kinrara diwakili Datuk Lim Ying Ran, Dun Bukit Gasing, Datuk Seri David Sew Kah Heng, DUN Subang, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Mohamad Badri Abd. Rahman yang juga Naib Presiden Ikatan dan DUN Pandamaran diwakili oleh G. S. Santokh Singh,"katanya.

Pada majlis sama, Sallehen turut mengumukan calon Pas yang bertanding di kerusi DUN Ijok iaitu Jefri Mejan. #sumber

Subscribe to receive free email updates: