Pelajar Kolej Widad Telah "Cipta Rekod" Melakar Bangunan Paling Banyak kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Seramai 130 pelajar dan tenaga pengajar Kolej Widad mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila berjaya melakarkan analisa bangunan terbanyak dalam tempoh 24 jam iaitu 372 lakaran.

Ketua Pegawai Operasi Widad Education Sdn Bhd (WESB) Faroq Ibrahim berkata dalam acara yang berlangsung sejak pukul 10 pagi semalam, pelajar serta tenaga pengajarnya berjaya melukis bangunan-bangunan ikonik di seluruh dunia di atas kertas bersaiz A2 berbanding hanya 300 lakaran yang ditetapkan oleh pihak MBOR.

"Acara tersebut bertujuan mencungkil bakat yang ada dalam kalangan warga Widad khususnya pelajar seni bina dan ternyata masing-masing berjaya mempamerkan kebolehan mereka dalam bidang berkenaan.

"Program ini adalah kejayaan dan sejarah baharu bagi pencapaian kolej ini sepanjang penubuhannya setahun lalu dan ia merupakan satu pengiktirafan terbesar kepada institusi ini sekali gus membuktikan bahawa kolej ini mampu mencipta kejayaan di peringkat tinggi," katanya ketika berucap pada majlis penutup acara berkenaan di Pusat Konvensyen Widad (WCC) di sini hari ini.

Sijil pengiktirafan MBOR berkenaan diserahkan oleh Pegawai Kanan Wartawan Penyelidikan MBOR, Norasyikin Ramli kepada Faroq pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Idros Yahya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: