Khaidir Ahmad Bertanding Kerusi Parlimen Temerloh Dan Juga DUN Lanchang kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Bekas Ketua Pengarang Berita TV3 Mohd Khaidir Ahmad, 56, yang bertanding kerusi Parlimen dan Negeri atas tiket Bebas pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, hadir di pusat penamaan calon lengkap berpakaian baju Melayu dan bertanjak.

Mohd Khaidir hadir di pusat penamaan calon Dewan Tun Razak di sini pagi tadi bersama isteri Faizah Yusof (sebagai penyokong) dan adiknya Aminurashid Ahmad (pencadang).

Mohd Khaidir yang ditemui Bernama, berkata beliau berpakaian demikian sebagai simbolik untuk menggambarkan kawasan Temerloh sebagai tempat yang kaya dengan sejarah perjuangan.

"Sekarang tidak ada lagi pejuang kemerdekaan kerana negara kita telah lama merdeka, tetapi saya akan tetap berjuang untuk alam sekitar, seni budaya dan pembelaan rakyat," katanya.

Mohd Khaidir yang juga anak saudara kepada tokoh nasionalis negara, Pak Sako akan bertanding kerusi Parlimen Temerloh menentang Pengerusi BN Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin daripada Barisan Nasional dan Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir. #sumber

Subscribe to receive free email updates: