Ketua Wanita UMNO Rompin Di Pilih Jadi Calon BN DUN Bukit Ibam kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Ketua Wanita UMNO Rompin, Datin Shamsiah Arshad dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Ibam bagi menggantikan Datuk Wan Kadri Wan Mahusain yang digugurkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob petang ini, bagi melengkapkan senarai calon BN negeri bagi PRU14 kerana sebelum ini kawasan berkenaan masih tidak diputuskan pada pengumuman yang dibuat pada sebelah pagi tadi.

Pemilihan Shamsiah menjadikan jumlah calon wanita BN yang akan bertanding pada PRU14 nanti seramai enam orang manakala bagi calon baharu, beliau adalah individu ke-17.

Adnan, yang juga Menteri Besar, berkata Shamsiah merupakan satu daripada empat nama yang disenaraikan oleh UMNO Bahagian Rompin untuk diketengahkan sebagai calon.

"Pemilihan Shamsiah juga adalah untuk mengisi kuota Pergerakan Wanita UMNO. Pada pilihan raya kali ini, seorang anggota Wanita iaitu Datuk Maznah Mazlan digugurkan dan kita gantikan juga dengan seorang lagi wanita," katanya kepada pemberita di Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: