Calon BN DUN Pulau Manis Janji Selesai Pemilikan Tapak Rumah kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: Menyelesaikan isu pemilikan tapak rumah generasi kedua merupakan antara dua perkara utama yang dijanjikan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis Datuk Khairuddin Mahmud.

Beliau berkata bagi tujuan itu, beliau telah mengenal pasti tanah seluas hampir 400 hektar di lima kawasan perkampungan yang berpotensi ditukar menjadi tapak perumahan bagi generasi berkenaan.

"Tanah-tanah tersebut digazetkan kepada Jabatan Veterinar sejak puluhan tahun tetapi sehingga kini terbiar dan dipenuhi semak samun.

"Saya telah berbincang dengan Pengarah Vaterinar dan pihak terbabit sedia mempertimbangkan cadangan tersebut," katanya ketika ditemui selepas melancarkan jentera parti bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bilik gerakan BN Pulau Manis di sini, hari ini.

Khairuddin yang akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya dengan majoriti 5,596 undi pada PRU13 berkata, walaupun telah berjaya membina sebanyak 300 buah rumah bagi generasi tersebut, bilangan itu masih belum mencukupi dan pertanyaan mengenainya sering dibangkitkan ketika turun bertemu rakyat. #sumber

Subscribe to receive free email updates: