Rosli Jabar: PAS Tidak Meletakkan Calon Di Kerusi DUN Triang PRU14 Ini kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: PAS mengesahkan tidak meletakkan calon mereka di kerusi DUN Triang, Bera pada PRU14.

Pesuruhajaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara terbabit.

Menurutnya, secara rasmi parti Islam itu bertanding di 14 kerusi Parlimen dan 41 kerusi Dun di negeri ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pencalonan kesemua calon, hari ini.

"Kita harapkan semua calon PasPAS yang bertanding boleh menang. Insya-ALLAH kita akan cuba sedaya upaya berusaha ke arah itu (menang).

"Harapan kami (PAS) adalah untuk memerintah negeri Pahang. Mudah-mudahan ia menjadi kenyataan kerana itu yang kami mahu," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya pengumuman pencalonan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuantan, Datuk Fadzilla Salleh di Perkarangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), di sini, hari ini.

Sementara itu, Rosli berkata, PAS sudah menggerakkan semua jentera parti untuk memastikan kemenangan berpihak parti Islam tersebut.

Selepas pencalonannya diterima, Rosli yang bertanding di kerusi DUN Tanjung Lumpur akan memulakan kempen bagi membolehkan kawasan terbabit terus dimenanginya. #sumber

Subscribe to receive free email updates: