BN "Tiada Masalah" Pertahankan Parlimen Pekan Dan Empat DUN Di Bawahnya kabarmalay3.blogspot.com


PEKAN: Berikut adalah pertandingan yang dijangka bakal berlangsung di Parlimen 085 Pekan, DUN N20 Pulau Manis, DUN N21 Peramu Jaya, DUN N22 Bebar, dan DUN N23 Chini.

Di Parlimen Pekan, penyandangnya selama sepuluh penggal berturut-turut, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menghadapi saingan daripada Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Zahid Md Arip.

Zahid, yang sebelum ini merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), mempunyai karektor yang cukup berwarna-warni dalam politik tanah air kerana sejarah menyaksikan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghabar Baba ini kerap berubah kem.

Baru-baru ini beliau pernah direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terbabit dalam salah laku urus niaga melibatkan aset Felda Investment Corporation (FIC).

Seorang lagi yang bakal memberi saingan di Pekan ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Kapten (B) Ahiatudin Daud.

Pada Pilihan Raya Umum yang lepas, Datuk Seri Najib menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Fariz Abd Talib dengan majoriti 35,613 undi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: