Jamal Yunos "Umum" Beliau Tidak Akan Bertanding Pada PRU-14 Kali Ini kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR:  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini berkata beliau tidak akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum kali ini.

Jamal berkata beliau mendapat cadangan untuk bertanding di kawasannya atau kawasan lain tetapi beliau memilih untuk tidak bertanding.

Sebaliknya, beliau akan bersama-sama jentera Barisan Nasional (BN) dalam membantu calon-calon BN, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya hari ini berhubung dakwaan penggunaan akaun palsu media sosialnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei manakala penamaan calon pada 28 April.

Terdahulu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia membuat laporan polis berkaitan fitnah isu perkauman yang disebarkan di media sosial menggunakan akaun Facebook palsu nama beliau. #sumber

Subscribe to receive free email updates: