Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera di sini. hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman.
Beliau seterusnya mengingatkan penduduk di Parlimen Bera untuk terus memberi sokongan kepada Ismail Sabri dan dua wakil rakyat BN di dua DUN iaitu Guai menerusi Datuk Seri Norol Azali Sulaiman dan Kemayan, Datuk Mohd Fadil Osman dan merampas kembali DUN Triang daripada DAP.
Ahmad Zahid juga memberi aku janji untuk memenuhi permintaan penduduk Triang yang mahukan supaya balai polis di situ diwujudkan semula, jika BN mendapat mandat daripada penduduk Triang pada PRU14. #sumber