KEADILAN DAILY

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil mencabar perdana menteri untuk menarik balik janji Malaysia untuk melabur di Amerika Syarikat baru-baru ini jika Malaysia serius untuk memprotes tindakan negara itu mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.
Menurutnya, Malaysia tidak perlu membantu ‘Jadikan Amerika Hebat Kembali’ jika harga yang perlu dibayar adalah penderitaan rakyat Palestin.
“Jika (Datuk Seri) Najib Razak benar cakna tentang Baitul Maqdis dan rakyat Palestin, saya cabar beliau untuk membatalkan janjinya untuk melabur di Amerika Syarikat, terutmanya janji beliau untuk membeli pesawat Boeing untuk MAS (syarikat penerbangan Malaysia Airlines).
“Kenapa Malaysia perlu membantu ‘Jadikan Amerika Hebat Kembali’ jika ia membuatkan Palestin derita?’ tulis beliau di akaun Twitternya.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd sebelum ini dilapor merancang meningkatkan pelaburan mereka di US.
Rancangan itu disampaikan Najib sewaktu beliau mengunjungi Presiden Donald Trump di Washington, September lalu.
Najib juga berjanji kepada Trump yang Malaysia juga menerusi Malaysia Airlines Bhd (MAS) akan membeli lebih banyak pesawat Boeing dari negara itu.
Beliau berkata, langkah itu adalah bagi membantu mengukuhkan ekonomi AS.
Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara USD3 bilion dan USD4 bilion di negara itu.
Related Posts :
[RAKYAT MAKIN MERANA] VIRAL Pemimpin PH makan daging lembu Waghyu kabarmalay3.blogspot.com
◼️RAKYAT GIGIT TULANG, PEMIMPIN BAHAM WAGYU
Sedih Nabeel tau abang, kakak semua.
Mengadu kat rakyat kata hutang negara banyak. RM 1 trilli… Read More...
Kalau Sudah Menteri Agama pun PERTAHANKAN LGBT, apa lagi yang diharapkan kabarmalay3.blogspot.com
KUALA LUMPUR, July 17 ― Islamic Affairs Minister Datuk Mujahid Yusof Rawa stood up for the Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT)&… Read More...
((LIVE)) Majlis angkat sumpah Menteri, Timbalan Menteri di Istana Negara kabarmalay3.blogspot.com
… Read More...
Pencetus Ummah Fakhrul seru BOIKOT Produk keluaran LGBT kabarmalay3.blogspot.com
Jika Ini Sumbangan Agama Paling Mudah untuk kita Buat, Saya Menyeru Kepada Seluruh Warga Facebook Untuk Memboikot Produk Makhluk ni Dan S… Read More...
Penganalisis,Prof Barjoyai : SST TAK TURUNKAN harga barang, perkhidmatan, Syarikat UNTUNG LEBIH kabarmalay3.blogspot.com
Barjoyai Bardai berkata kerajaan dijangka akan kehilangan lebih RM20 bilion pendapatan setahun dengan pelaksanaan SST. (Gambar Facebo… Read More...