Bekas "Pegawai Daerah Temerloh" Pula Tawarkan Diri Tanding Bebas PRU14 kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Seorang lagi calon bebas menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada PRU-14 ini.

Beliau ialah anak jati Pahang yang berasal dari Kampung Penak, Mentakab iaitu Bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Abu Jamal Nordin.

Menurut laporan Sinar Harian,  beliau memberanikan diri untuk bertanding kerana melihat aspek pembangunan yang perlahan di Parlimen berkenaan walaupun ia adalah bandar kedua terbesar di negeri ini.

“Keadaan pengundi sedang berbelah bahagi tak tahu nak sokong mana kerana parlimen itu sudah bertukar beberapa kali antara BN dan Pas sebelum ini,"

“Dulu saya berkhidmat dengan kerajaan dan telah bersara selama dua tahun. Saya tiada parti politik dan sebab itu memilih bertanding atas tiket Bebas, saya tidak gentar untuk bersaing kerana percaya keputusan ditentukan oleh pengundi dengan bijak." katanya. 


Abu Jamal juga adalah merupakan bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang.  #sumber

Subscribe to receive free email updates: