Janji Kerajaan Negeri Beri Lot Tanah Kepada Generasi Kedua Felda Bukan Janji Kosong. kabarmalay3.blogspot.com


MARAN:  Janji kerajaan negeri memberi lot tanah kepada generasi kedua Felda bukan janji kosong. Buktinya, pemberian surat tawaran kepada 40 warga Felda disampaikan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Shahaniza berkata, kerajaan sentiasa mendengar keluhan generasi kedua Felda yang mengimpikan kediaman sendiri di tanah rancangan itu, agihan lot tanah antara penyelesaian terutama mereka yang sukar mendapatkan pinjaman bank.

“Pemberian lot tanah di Felda Jengka 2 Maran merupakan projek perintis di Pahang bagi menyelesaikan masalah kediaman generasi kedua Felda.

“Kerajaan negeri dan Felda mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan penting ini kerana memikirkan kesannya kepada landskap Felda pada masa akan datang.

“Tanah di rancangan Felda terletak di bawah Akta GSA 1960 (Akta Tanah Kawasan penempatan Berkelompok), digubal bagi memastikan tanah berkenaan ditadbir urus dengan baik demi kepentingan semua pihak.

“Pemberian tanah lot ini memberi kesan kepada landskap Felda, namun mengambil kira keluhan generasi kedua, permohonan yang dikemukakan kepada kerajaan negeri dan Felda sejak 2008 telah diperhalusi,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya tanah itu juga pernah menjadi isu pada PRU13, tetapi akhirnya impian generasi kedua Felda Jengka 2 diluluskan kerajaan negeri.

“Pemberian lot tanah ini bermakna ia tidak lagi tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ingatlah jangan sesekali menjual tanah ini dan sebagai ingatan ia tidak boleh ditukar milik selama 10 tahun berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani,” katanya.

Hadir sama, Naib Ketua Umno Bahagian Maran, Datuk Arifin Awang Ismail; Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, Shariman Dollah Hasim dan Pengurus Rancangan Felda Jengka 2, Amizi Mat Ghani. #sumber

Subscribe to receive free email updates: