Pertembungan "Lima Penjuru", Di Jangka Berlaku Di Kerusi Parlimen Temerloh ! kabarmalay3.blogspot.com


TEMERLOH: Persaingan bagi merebut kerusi Parlimen Temerloh dijangka sengit apabila menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya lima penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei ini.

Sehingga kini, dua calon bebas sudah menyatakan hasrat mereka bertanding di kerusi itu iaitu bekas wartawan stesen televisyen TV3, Khaidir Ahmad dan terbaharu bekas Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Abu Jamal Nordin, 62.


Pada masa ini gabungan pembangkang PKR sudah mengumumkan calon mereka daripada PAN iaitu Setiausaha Agungnya, Mohd. Anuar Tahir sebagai calon bertanding di Parlimen itu.

Sehingga kini, Barisan Nasional (BN) dan Pas belum mengumumkan calon di kawasan itu yang disandang wakil rakyat Pas, Nasrudin Hassan yang menang dengan majoriti 1,070 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pada PRU-14, Pas meletakkan Nasruddin bertanding di Parlimen Indera Mahkota. #sumber



Subscribe to receive free email updates: