Zulpuri: UMNO "Tiru Taktik" Pecah Perintah "Ala-Penjajah", Takutkan Pengundi ! kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji menyeru supaya rakyat negara ini berhati-hati dengan pihak yang menjaja dakyah perkauman dan agama untuk meraih sokongan politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sebagaimana yang berlaku sebelum ini katanya, masyarakat Melayu sering ditakut-takutkan dengan pelbagai dongeng rekaan supaya tidak mengundi selain dari Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

“Konon-kononnya Melayu akan hilang kuasa, agama Islam terancam, kakitangan awam dibuang kerja, bantuan kebajikan ditarik sekiranya kerajaan UMNO kalah dalam pilihan raya.

“Orang Melayu juga di lagukan cerita azan tak boleh dilaungkan kalah DAP menang, cerita nak tutup MARA, FELDA, nak tutup Tabung Haji dan sebagainya. Ini semua cerita karut,” katanya.

Bagi orang bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India jelas Adun Mentakab itu, mereka ditakut-takutkan dengan dongeng akan hidup susah, lebih banyak perniagaan akan tutup, tidak dapat sambung permit TOL  dan seumpamanya sekiranya Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

“Di Pulau Pinang, UMNO beritahu Melayu kena tindas, tapi MCA pula beritahu kepada orang Cina yang DAP lebih-lebihkan orang Melayu. Ini semua taktik pecah dan perintah,” kata beliau.

Realitinya ujar beliau, seluruh rakyat negara ini akan beroleh manfaat yang jauh lebih baik berbanding pemerintahan BN sebagaimana yang dinikmati di Pulau Pinang dan Selangor.

Selain itu, taktik pecah dan perintah amalan penjajah yang diamalkan kerajaan UMNO-BN katanya dapat dilihat jelas dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.

“Penjajah Inggeris telah memisahkan kawasan Melayu yang terletak di pinggir bandar, kaum Cina di letakan di kawasan kandar dan kaum India di kawasan estet-estet.

“Tujuannya adalah satu supaya kaum-kaum ini tidak bersatu dan bergabung tenaga menentang penjajahan,” kata Tengku Zul.

Persamaannya saat ini, BN jelas cuba memisah-misahkan kawasan pilihan raya mengikut kaum mengumpulkan melalui pecah sempadan pilihan raya.

“Mungkin mereka fikir yang mereka boleh menang dengan lebih besar pada PRU kali ini.

“Bila mereka buat macam ini, rakyat sendiri dapat lihat betapa UMNO semakin takut dengan segala bayang-bayang mereka sendiri,” katanya lagi. #sumber

Subscribe to receive free email updates: