N. Thevananthan dilantik menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) hampir tiga tahun sebelum pihak universiti mengetahui tentang sijil PhD dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat dan ijazah kedoktoran neurosains dari Universiti Toronto, Kanada miliknya adalah palsu.
Pada Khamis, Thevananthan didakwa di mahkamah majistret di sini kerana menipu USM menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan jawatan pada 15 Ogos 2008 dan telah menerima bayaran gaji sebanyak RM195,081.38 sepanjang tempoh tersebut.
Kesalahan tersebut didakwa dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan boleh dihukum penjara 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Dia bagaimanapun membuat rayuan kepada majistret L. Umma Devi. #sumber