Zenith Tarik Balik Tuntutan RM3 Juta, Akui Azeez "Mangsa" Jaja Nama kabarmalay3.blogspot.com

GEORGE TOWN: Firma undang-undang yang mendakwa Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersubahat dengan seorang individu lain untuk menerima RM3 juta daripada terowong dasar laut Pulau Pinang dan syarikat kontraktor jalan raya menarik balik tuntutan mereka semalam.
Pada satu sidang media hari ini, Azeez mendedahkan firma mewakili pembina terowong itu bersetuju beliau mangsa jaja nama.
“Notis tuntutan yang diberikan kepada saya ditarik balik dan mereka memohon maaf. Firma itu berkata mereka akan menyatakan perkara sebenar untuk membersihkan nama saya.
“Pada masa yang sama, saya akan berunding dengan peguam saya tentang tindakan susulan dalam bentuk saman terhadap mereka yang cuba memburukkan nama saya.
“Saman itu mungkin termasuk ahli politik pembangkang yang memfitnah Tabung Haji, Umno dan ahli keluarga saya.
“Saya kemudiankan ahli keluarga saya kerana institusi Tabung Haji dan pencarum didahulukan,” katanya pada sidang media di Hotel TH di Bayan Lepas hari ini.
Azeez ditemani peguam Datuk Seri Jaharberdeen Mohamed Yunoos.
Pada 3 Mac lepas, firma undang-undang Syahrul & Hamidi bagi pihak Consortium Zenitch Construction Sdn Bhd menghantar surat kepada Azeez, menyatakan mereka menarik balik semua tuntutan yang dinyatakan dalam surat bertarikh 23 Februari.
Firma itu menawarkan bantuan untuk membersihkan persepsi negatif terhadap Azeez susulan liputan media ke atas perkara itu.
Pada 27 Februari, Malaysiakini melaporkan Azeez dan seorang ahli perniagaan terlibat dalam “khidmat rundingan pengurusan risiko dan pematuhan peraturan” berhubung projek terowong dasar laut.
Azeez didakwa diberi RM3 juta untuk membantu dalam projek itu sementara RM19 juta dibayar kepada ahli perniagaan itu.
Ahli perniagaan itu sudah ditangkap dan direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa. SPRM turut membekukan 4 akaun bank dengan RM3.6 juta dan menyita 4 kenderaan bernilai RM1.3 juta.
Sementara itu, seorang “Datuk” berusia 64 tahun yang dipercayai menjaja nama Azeez itu ditahan SRPM semalam, dan laporan menunjukkan beliau pada awalnya meminta sogokan RM4 juta tetapi kemudian dirunding semula kepada RM3 juta. #sumber

Subscribe to receive free email updates: