Jika Ada Bukti Wang Halal, Kenapa Tak Tuntut Wang Di Australia Itu ? kabarmalay3.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Sebelum ini, kita baca laporan akhbar di Australia, Sydney Morning Herald yang polis Australia melucutkan lebih RM 971,800-00 dana Pengarah CID ( Jabatan Siasatan Jenayah) Bukit Aman kerana disyaki wang itu mungkin wang haram hasil dari skandal penggubahan wang haram ( money laundering ).

 Akhbar itu juga melaporkan, polis tersebut juga tidak menuntut semula dana berkenaan.

Ketua Polis Negara ( IGP ) pula dilaporkan oleh media menyatakan yang polis tersebut telah buktikan sumber wang dalam akaun miliknya di Australia- hasil jualan rumahnya di Shah Alam. Demikian ditegaskan oleh Peguam Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang.

"Saya kesian dengan IGP ini. Nampak sangat naifnya macam naifnya ramai pemimpin parti suci. Diandaikanlah benar dakwaan polis tersebut dana RM 971,800 tersebut kononnya dari "bukti" wang penjualan rumahnya di Shah Alam dan diandaikanlah wang dalam akaun di Australia itu memang wang " halal" dari "bukti halal" itu , isunya kenapa pengarah CID itu tak mahu tuntut "wang halal" yang begitu banyak itu di Australia dengan engage lawyer di sana dan kemukakan " bukti" itu di sana? Itulah kaedahnya tuan IGP.", katanya.

"Bila anda kata ada "bukti" wang itu bersumber dari sumber yang halal dan selepas itu tidak mahu pula reclaim wang yang dilucutkan itu, tak ke ianya suatu yang pelik sepelik orang yang membela kapal layar Equanimity bukan milik Jho Low tapi Jho Low pula kata tindakan rampas Equanimity itu keterlaluan. Kalau bukan milik Jho Low kenapakah Jho Low perlu bersuara ?", tambah beliau.

"Akhirnya tuan IGP sekadar tunjuk bukti tak cukup. Bukti itu "must be duly tested" di Australia melalui permohonan di Mahkamah di sana bagi tuntut semula wang RM 971,800 itu. Baru munasabah pembelaan anda itu tuan IGP. Lagi satu, jangan ingat kita sahaja ada bukti, polis Australia juga mungkin ada lagi banyak bukti !", katanya lagi. #PDO

Subscribe to receive free email updates: