Pengerusi Pakatan Harapan (PAKATAN), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu juga adalah perbuatan rasuah yang sepatutnya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Rakyat perlu sedar duit dan hadiah ini bukan dari UMNO atau Najib kerana ada bukti ia diseleweng daripada duit 1MDB. Duit kerajaan juga terbabit.
“Peruntukan untuk Kementerian dan pentadbiran dipotong serta digunakan untuk tumbuk rusuk pengundi,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.
Dr Mahathir juga mendakwa UMNO menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan SPRM mengugut mana-mana pihak yang disyaki membantu parti lawan.
Katanya, pihak disyaki itu juga dipaksa membayar cukai pendapatan tambahan tidak sah dan dituduh kononnya cuba mengubah wang haram tanpa mengemukakan bukti.
“Premis mereka digeledah, buku akaun dan pasport juga dirampas tetapi duit 1MDB serta RM2.6 billion dalam akaun Najib yang dikatakan derma dari orang tidak disiasat, tidak dituduh salah.
“Sebaliknya peguam negara dakwa tiada salah laku oleh Najib,” katanya. #sumber