PRU14: "Lee Chean Chung" Tidak Pertahan Kerusi DUN Semambu ? kabarmalay3.blogspot.com


KUANTAN: ADUN Semambu, Lee Chean Chung kemungkinan besar akan bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU14.

Chean Chung yang mengakui perkara itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana masih terlalu awal untuk diumumkan.

"Saya mungkin tak akan pertahankan DUN Semambu pada PRU kali ini. Namun tidak menolak sebarang kemungkinan untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota.

"Jika saya bertanding kerusi Parlimen, pasti ada calon yang sesuai dan berkaliber akan bertanding di kerusi DUN Semambu," katanya, hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyatakan keyakinan untuk bertanding sama ada di Parlimen atau DUN menerusi gerak kerja cabang dan prestasi Pusat Khidmat yang digerakkan selama ini.

Menurutnya, hubungan baik dengan pengundi, rakyat di Dun Semambu akan memberi nilai tambah kepadanya untuk rakyat menyokong Pakatan Harapan.

"Kami akan terus meyakinkan pengundi dengan rekod khidmat sebelum ini dengan prihatin terhadap penderitaan rakyat.

"Malah, kami turun merasai kesengsaraan rakyat yang terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan harga barang yang kian meningkat," katanya.

Pada PRU13, Chean Chung menewaskan Datuk Pang Tsu Ming (BN) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (Bebas) dengan majoriti 3,200 undi

Subscribe to receive free email updates: