Baginda mengisytiharkan pembubaran itu pada pukul 12.30 tengah hari selepas menerima watikah daripada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Adnan menyerahkan watikah pengisytiharan DUN bagi memohon perkenan baginda selepas Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar di sini.
Pembubaran DUN Pahang menjadi tradisi sejurus pembubaran Parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam. #sumber