Sukar Berkas Jho Low: Mahathir DAKWA ada sabotaj dalam kerajaan Malaysia kabarmalay3.blogspot.com

Dr Mahathir berkata beliau percaya itulah puncanya Jho Low dapat mengelakkan diri daripada ditahan. (Gambar Bernama)
BALI (Indonesia): Perbuatan sabotaj dalam kerajaan adalah antara sebab Malaysia sukar untuk mengenal pasti dengan tepat dan seterusnya memberkas ahli perniagaan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri berkata beliau percaya itulah puncanya Jho Low dapat mengelakkan diri daripada ditahan.
“Saya rasa dia bersembunyi di tempat tertentu,” katanya ketika ditanya sekiranya terdapat sabotaj dalam kerajaan dengan cara membocorkan maklumat.
“(Tun) Daim (Zainuddin) kata ada orang yang beritahu dia (Jho Low). Ada masanya dia berada di Hong Kong, (tetapi) apabila kami sampai di Hong Kong, dia sudah pun terbang ke tempat lain,” katanya kepada Bernama dan RTM pada akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di sini, semalam.
Perhimpunan pemimpin ASEAN itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia bertemakan “Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global”.
Malaysia kini memburu Jho Low untuk membantu dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd. - FMT

Subscribe to receive free email updates: