SPR Perlulah Bersikap Profesional Dan Telus, Bukanmya Condong Ke Arah BN kabarmalay3.blogspot.com


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didakwa tidak bersikap adil apabila menyatakan Pakatan Harapan (PAKATAN) hanya boleh menggunakan lambang KEADILAN untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke 14 (PRU14), selepas mendapat kelulusannya.

Tindakan itu dianggap tidak mencerminkan ketelusan agensi berkenaan dan dilihat condong memihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berhubung perkara itu tidak selari dengan fungsinya sebagai badan bebas dipertanggungjawabkan bagi mengendalikan pilihan raya di negara ini.

“Entah apa-apa SPR. Kalau padang tidak sama rata, penjaga gol pun mengalahkan penyerang pihak lawan, baik tak payah anjur pilihan raya.

“Bertandinglah bawah BN,” katanya di laman twitter, @n_izzah.

Umno-BN pernah menggunakan pendekatan sama apabila Naib Presiden PERKASA, Zulkifli Noordin yang dianggap ‘calon rakan’ menggunakan lambang parti itu dan bertanding di Parlimen Shah Alam pada PRU13 lalu.

Dalam sidang media hari ini, Mohd Hashim berkata, PAKATAN perlu mendapat kebenaran SPR bagi menggunakan lambang KEADILAN untuk bertanding dalam PRU14.

Semalam, PAKATAN membuat pengumuman rasmi akan menggunakan lambang KEADILAN dalam PRU akan datang.

Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada siri kemuncak Jelajah Pakatan Harapan yang berlangsung, di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini. #sumber

Subscribe to receive free email updates: